May 9, 2008

Site Survey Kedah @ Part 1

Dalam kesibukan mengendalikan kursus di Sungai Petani, aku mengambil kesempatan masa untuk membuat site survey dan riki riki lokasi di sekitar negeri Kedah..

Lokasi pertama yang di terjah adalah ke Sungai Sedim yang terletak di Kulim.Perjalanan ke Sg Sedim
agak thril kerana jalan merah masih belum berturap. Kami nyaris berpatah balik..Aktiviti survival berasaskan air seperti river tracking, white water rafting amat sinonim dengan Sedim.
Keseluruhanya, kami merasakan penginapan dan lokasi di Sedim hanya sesuai untuk peringkat students sahaja. Kemudahan chalet tak begitu memenenuhi pra syarat client kami yang rata rata dari corporate.



Kami seterusnya menuju ke Gunung Jerai Resort, ketika sampai di kaki gunung, jam menunjukkan pukul 12.30 pm..kali terakhir aku jejak di Gunung Jerai adalah pada tahun 1997,berkamping..dan selepas 10 tahun aku kembali..jalan tar ke puncak bukit tak banyak berubah cuma cerun nya berlipat 90 degree,uihh memang gayat sehhh
nasib baik lah driver cekap dan berapa kali menenangkan kami yang dah cuak cuak di seat belakang :P

Hujan membantutkan perjalanan kami seketika ke puncak gunung. Kami stop sekejap sambil menikmati
permandangan kabus dan cuaca yang semakin sejuk..
Setiba di kaki puncak, rupanya resort Gunung Jerai masih dalam construction dan proses penambahbaikan..ada ditanam kebun strawberry di sana..kemungkinan dalam masa 1 tahun chalet n resort gunung jerai akan beroperasi sepenuhnya..

1 comment:

inrainbows said...

where are you from ? :P