August 21, 2010

Program Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Menengah

Kursus: Program Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Menengah
Tarikh: 30 Julai hingga 01 Ogos 2010
Client: Pejabat Pembangunan Negeri Selangor, KKLW
Lokasi: Kem Dusun Eco Resort, Bentong Pahang

Team Vision Karisma sekali lagi berpeluang untuk berkongsi ilmu dan masa dengan pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 1 hingga 5 dari daerah Hulu Selangor dan Gombak. Penglibatan pelajar seramai 96 orang ini merupakan Ahli Isi Rumah Miskin dan Miskin Tegar dari senarai e-kasih Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Objektif utama program di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat ini adalah untuk memberi suntikan motivasi, dorongan dan mengukuhkan jatidiri peserta di samping mendedahkan kemahiran belajar serta teknik menjawab kertas soalan peperiksaan PMR & SPM yang berkesan.

Berkongsi kegembiraan dan mampu membuatkan mereka teruja dan tersenyum sekaligus melupakan seketika masalah sedia ada memberi satu kepuasan untuk kami sepanjang menjayakan program ini.

Terima kasih tak terhingga kepada Pengarah Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek Cawangan Negeri Selangor KKLW, Encik Jamaruslam Bin Abdullah dan Encik Muhammad atas kepercayaan dan amanah yang diberi, barisan jurulatih, urus setia dan guru-guru pembimbing subjek teras. Doa kami mengiringi adik-adik, semoga kalian tabah dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang Muslim, pelajar dan anak-anak yang soleh dalam arus masa yang sangat mencabar ini untuk menjamin kecemerlangan dunia akhirat. AMEN.





































































































Lihat Gambar program di entry SINI PART 1 dan PART 2

August 19, 2010

Galeri Program Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Menengah










Peserta Terbaik Program SPM
Abdul Hakim Bin Zainal Abidin
Muhammad Azhar Bin Shahuji
Deanna Syafiqah Bt. Khamaruddin
Amirah Husna Bt. Ahmad Razali







Peserta Terbaik Program PMR
Muhammad Noor Fitri Bin Mohd Jaafar
Muhammad Shafiq Bin Ruslan
Nurul Ain Liyana Bt. Ahmad
Nor Zahidah Bt. Zakaria