March 12, 2011

Kursus Membina Kerjasama Berpasukan

Program: Kursus Membina Kerjasama Berpasukan
Tarikh: 25 Februari hingga 27 Februari 2011
Lokasi: Jerejak Rainforest Resort, Pulau Jerejak, Pulau Pinang

Seramai 41 usahawan IKS di ba
wah bimbingan PERDA mengikuti Kursus Membina Kerjasama Berpasukan. Program selama 3 hari 2 malam berlokasi di Jerejak Rainforest Resort bertujuan untuk memperkukuhkan perhubungan dikalangan individu (usahawan) yang terlibat dalam sesebuah komuniti perniagaan ke arah pencapaian visi dan misi yang ditetapkan di samping memupuk semangat bekerja secara berpasukan di kalangan individu.

Menerusi program seperti ini, ianya mampu untuk mengesan kelemahan, kekuatan dan potensi diri individu, membuat perancangan, melaksanakan tindakan bagi mencapai matlamat sekaligus menilai tahap pencapaian yang dihasilkan. Pembelajaran melalui pengalaman disampaikan menerusi pendekatan latihan luar, perbincangan, permainan pengurusan, projek kumpulan dan imbasan modul.

Antara aktiviti utama yang telah diikuti adalah Raft Project, Rappeling,Night Trekking dan Team Xplore Race. Menerusi aktivti-aktiviti ini peserta mempelajari nilai-nilai utama yang membentuk gaya koordinasi kumpulan, kepimpinan, delegasi tugasan, kreativiti, perkongsian, kemahiran membuat keputusan,penetapan matlamat pasukan dan membuat perancangan. Setiap peserta juga telah diberi Ujian Psikologi Dalam Pengurusan pada hari pertama kursus untuk menentukan gaya karakter dan kemahiran masing-masing dalam pembentukan pasukan yang unggul dan bagaimana menyeimbangi kemahiran tersebut.

Terima kasih kepada Bahagian Pembangunan Ekonomi, PERDA kerana telah memberi kepercayaan kepada Vision Karisma untuk mengendalikan kursus pemantapan motivasi usahawan Bumiputera. Tahniah juga kepada peserta kursus dan semoga terus maju jaya dalam
perniagaan masing-masing.












































Galeri/Gambar Kursus