January 30, 2008

Bengkel Intensif Grafik & Multimedia 2008




Vision Karisma dengan kerjasama komuniti online grafik & multimedia yang tersohor di Malaysia, Sifoo.com akan mengadakan bengkel untuk pembelajaran grafik dan multimedia.
Bengkel yang akan bermula pada Mac sehingga Disember 2008 ini adalah TERBUKA kepada sesiapa yang berminat untuk mengikutnya.

Yuran yang dikenakan amat berpatutan untuk pendaftaran individu atau secara berkumpulan. Tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang kepakaran masing masing. Pelbagai 'tips' dan 'tricks' yang boleh diperolehi menerusi bengkel ini dengan konsep pembelajaran sharing & learning. Jangan lepaskan peluang untuk mendalami ilmu pengkomputeran grafik serta mutimedia dengan mengikuti bengkel intensif ini!
Setiap sesi bengkel penyertaan dibuka untuk 20 peserta sahaja.

Modul yang akan diajar adalah:
Pembangunan Laman Web dengan Aplikasi Dreamweaver dan Adobe Photoshop
(Mastering Web Development Using Macromedia Dreamweaver and Adobe Photoshop)
Adobe Photoshop : Konsep dan Asas Rekaan Kreatif
(Photoshop: Basic of Creative Concept)
Adobe Illustrator: Asas (Illustrator:Essential Skills)
Macromedia Flash : Intensif
(Intensive Flash)
Actionscript 2.0:Asas (Actionscript 2.0: Fundamental)
Adobe After Effect: Motion Graphics (Adobe After Effect: Motion Graphics)
Adobe Premiere: Suntingan Video (Asas) (Adobe Premiere: Video Editing-Simplified)
Web 2.0 - Asas (Web 2.0: Fundamental)
Pengaturcaraan Web-PHP (Web Programming with PHP)
Pembangunan Laman Web dengan JAVA Teknologi (
Web Programming Development with Servlet & Java Tech.)
Bengkel Fotografi Digital & Teknikal dan Manipulasi Imej (Digital Photography and Image Manipulation-Amateur)
Asas Lukisan
(Basic Drawing)


Untuk pendaftaran online dan info lanjut layari laman web
www.sifoo.com
Hubungi penyelaras di talian 019-567 3388 (Juliana)

January 2, 2008

HAPPY NEW YEAR 2008!!!

One behalf of Vision Karisma management, I would like to wish everybody Happy New Year 2008. Let us start sailing for a new journey ahead to reach the destination of goals
while leading more prosperity and success throughout the year.
And we achieve our visions with a blessing from God.

May this year will open up more opportunity and challenging business prospect.
Stay tuned for any latest update and services exclusive from Vision Karisma.

Juliana Khairuddin
Human Capital Manager


AMIN

Motivasi MINJAROES

Pada 16-18 dan 22-24 Disember 2007, Vision Karisma dengan kerjasama 'principal affiliation' Bayu Irama Consult telah berjaya mengendalikan kursus motivasi untuk peserta kursus dari Bahagian Keselamatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) bertempat di Kompleks MSN, Saujana Asahan Melaka.

Motivasi kursus untuk kedua-dua siri ini telah di hadiri seramai 200 peserta dan dikenali sebagai kursus "MINJAROES Ke Arah Budaya Kerja Cemerlang". Konsep kursus 'MINJAROES' telah direkabentuk oleh ketua jurulatih,meNET Consultant.

Di sini, saya akan berkongsi sedikit maklumat mengenai konsep MINJAROES.
Apa yang istimewanya, ‘Minjaroes Learning’ ini terbukti menjurus kepada Konsep Islam Hadhari, Pengamalan Budi Bahasa Budaya Kita, Pengukuhan Nilai-Nilai Murni, Membina Personaliti Unggul,Menyemarakkan Perjuangan dan menumbuhkan sikap bekerja sepenuh hati yang menjadi agenda kempen nasional sekarang ini.
Walau bagaimana pun, faktor-faktor yang diketengahkan didalam ‘Minjaroes Learning’ perlu diasuh, diasah, diajak, diarah, diusik, diacah dan diasak secara efektif bagi menjamin penghayatan kesedaran yang mendalam sehinggakan setiap orang mampu menggunakan suara hatinya sendiri untuk bertindak.

Itulah MINJAROES yang sedia memperkasakan sikap Proaktif, Progresif Dan Profesionalisma seseorang. Untuk itu, pembelajaran dengan menggunakan teori dan praktikal (role play) bagi setiap input akan dilakukan secara sistematik dan menceriakan. Keberhasilannya adalah dapat melahirkan seorang petugas yang ada personaliti dan bertanggung jawab.

KONSEP 3H - MINJAROES
MINJAROES adalah gabungan dari perkataan MINda,JASmani, ROhani, Emosi dan Sosial.
Konsep 3H (Heads On, Hands On & Hearts On) merupakan suatu pendekatan eksklusif yang dirangka bagi menumbuhkan keseimbangan diri seseorang petugas dalam melaksanakan pelan dan strategi bertindak kearah matlamat.
Kesepaduan input-input dari konsep ini akan dapat mewujudkan suasana yang kondusif terhadap keberkesanan yang mana konsep akan menjadi teras, prinsip akan menjadi amalan dan nilai pula akan menjadi budaya.

Dari pendekatan ini, modul ‘Minjaroes Learning’ dibentuk untuk menangani keseimbangan:
MINda (IQ),JASmani (FQ), ROhani (SQ), Emosi (EQ) dan Sosial (RQ). Setiap input akan disuntik dengan beberapa niali bagi mengukuhkan personaliti unggul (towering personality) seperti misalnya dalam konteks input sosial (RQ) yang sering diabaikan dalam pembelajaran yang mana mempunyai beberapa input penyokong untuk menjana kecemerlangan seseorang petugas iaitu mengenai nilai-nilai komunikasi, keusahawanan, sahsiah dan survival.

OBJEKTIF
1. Menanamkan tekad/ keazaman untuk bertugas sepenuh hati
2. Menjana tanggungjawab perkhidmatan yang lebih relistik
3. Menjadi peganda kepada kualiti kerja dari ketrampilan semangat sepasukan
4. Memupuk keseimbangan input teras kearah personaliti unggul
5. Membangun imej korporat dan kemantapkan piagam pelanggan
6. Mendukung jati diri warga kerja selaras dengan misi dan visi yang disasarkan

TERAS
• Suntikan pengendalian melalui pendekatan ‘Japanese Training Concept’
• Pembelajaran secara andragogi
• Dorongan motivasi secara in-door dan out-door melalui role-play dan kupasan ilmiah jurulatih serta partisipatori peserta.

Secara keseluruhan, kami sebagai perunding pengurusan latihan amat berpuas hati dengan perjalanan kursus dengan komitmen serta kerjasama yang positif dari keseluruhan peserta.
Program ini juga membantu kami sebagai perunding untuk kekal 'competitive' dalam bidang pembangunan modal insan seperti ini.
Ia juga mempersiapkan kami cara pengendalian yang terbaik serta sistematik bagi kursus yang melibatkan penyertaan perserta yang ramai.

Dengan berlatar belakangkan panorama Gunung Ledang yang menghijau dan mengasyikkan, Saujana Asahan menjadi destinasi pilihan kami yang tepat untuk menempatkan peserta kursus. Penginapan yang selesa amat kami titikberatkan sepanjang kursus supaya proses penyerapan input latihan berjalan lebih lancar dalam suasana yang seimbang.

Dalam jangka masa 3 bulan akan datang, kami akan ke organisasi 'client' untuk menjalankan sesi 'assessment' atau 'post training session' di mana sesi pendek ini akan mengupas kembali sejauh mana keberkesanan pengisian program MINJAROES ke atas setiap peserta kursus.






Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MINJAROES Learning program boleh emailkan sebarang pertanyaan kepada visionkarisma@gmail.com atau hubungi talian 019-5673388