December 15, 2008

December 1, 2008

Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) Siri IV

Kursus: Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) SPKR Siri IV
Tarikh: 22 hingga 27 November 2008
Client: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Perak
Kumpulan Sasar: Ahli Isi Rumah Miskin Tegar
Associate: Bayu Irama Consult
Lokasi: Genting View Resort, Genting Highlands Pahang








November 5, 2008

Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) Siri II

Kursus: Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) SPKR
Tarikh: 29 hingga 31 Oktober 2008
Client: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Perak

Kumpulan Sasar: Belia Lepasan Sekolah Miskin Tegar
Associate: Bayu Irama Consult
Lokasi: Harvard Golf Suasana Resort, Bedong Kedah





August 3, 2008

'Team Building' Kursus Pembinaan Pegawai Pelapis

Program: Kursus Pembinaan Pegawai Pelapis
Tarikh: 22 hingga 24 Julai 2008
Client: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Associate: Bayu Irama Consult
Lokasi: Kem MSN Saujana Asahan, Asahan Melaka


July 28, 2008

Program Teknikal Latihan Pengajar KKTM Rembau

Bermula 25 Mei sehingga 11 Julai, Vision Karisma telah berganding bahu bersama Rheaz Maya Studio untuk mengendalikan Program Latihan Teknikal Tenaga Pengajar di KKTM Rembau Negeri Sembilan.

Kami dipertanggungjawabkan untuk menyediakan latihan dan silibus bersesuaian dengan bakal pensyarah bagi 4 subjek iaitu Adobe Photoshop, Illustrator, AutoCAD dan 3D Studio Max sebelum sesi semester pengajaran & pembelajaran pertama bermula pada bulan Ogos.Terdapat 5 pengkhususan di KKTM Rembau ini iaitu Interior Design, Fashion Design, Furniture Design, Digital Film & Animation dan Digital Media Design.

Walaupun terpaksa berulang alik dari KL ke Rembau bagi proses pemantauan dan penyediaan laporan, di samping berdepan dengan pelbagai situasi yang di luar jangkaan..Alhamdulilah..dengan komitment trainers, Mr. Imran Sifoo dan Hafnizam serta 16 peserta kursus berjaya memastikan objektif program ini berjalan lancar.
Terima kasih pada koordinator program, pihak MARA sendiri yang memberi kepercayaan dan peluang kepada syarikat kami untuk melaksanakan projek ini.

Yang pasti, semangat 'survivor' yang ditunjukkan oleh bakal lecturer ini jadi pendorong untuk maju ke hadapan dalam menjadi bakal pendidik yang berkarisma.




May 9, 2008

Site Survey Kedah @ Part 2

Pendang Lake Resort, Pendang Kedah
nice,lapang dan organize..berlatar belakangkan tasik, bak kata my trainer; kot sesuai utk run aktiviti 'explore race'
berkayak dan sambut belon sambil flying fox! hehehe



D yan Chalet, Yan
rimba, cosy..tapi chalet tak mencukupi untuk muat kan 40 pax



...last c.p di Pantai Murni,menikmati matahari terbenam mengadap selat Melaka


Site Survey Kedah @ Part 1

Dalam kesibukan mengendalikan kursus di Sungai Petani, aku mengambil kesempatan masa untuk membuat site survey dan riki riki lokasi di sekitar negeri Kedah..

Lokasi pertama yang di terjah adalah ke Sungai Sedim yang terletak di Kulim.Perjalanan ke Sg Sedim
agak thril kerana jalan merah masih belum berturap. Kami nyaris berpatah balik..Aktiviti survival berasaskan air seperti river tracking, white water rafting amat sinonim dengan Sedim.
Keseluruhanya, kami merasakan penginapan dan lokasi di Sedim hanya sesuai untuk peringkat students sahaja. Kemudahan chalet tak begitu memenenuhi pra syarat client kami yang rata rata dari corporate.



Kami seterusnya menuju ke Gunung Jerai Resort, ketika sampai di kaki gunung, jam menunjukkan pukul 12.30 pm..kali terakhir aku jejak di Gunung Jerai adalah pada tahun 1997,berkamping..dan selepas 10 tahun aku kembali..jalan tar ke puncak bukit tak banyak berubah cuma cerun nya berlipat 90 degree,uihh memang gayat sehhh
nasib baik lah driver cekap dan berapa kali menenangkan kami yang dah cuak cuak di seat belakang :P

Hujan membantutkan perjalanan kami seketika ke puncak gunung. Kami stop sekejap sambil menikmati
permandangan kabus dan cuaca yang semakin sejuk..
Setiba di kaki puncak, rupanya resort Gunung Jerai masih dalam construction dan proses penambahbaikan..ada ditanam kebun strawberry di sana..kemungkinan dalam masa 1 tahun chalet n resort gunung jerai akan beroperasi sepenuhnya..

May 4, 2008

Kursus Asas Teknik Fotografi

Pada 26 - 30 April 2008, saya di team Vision Karisma dan principal partner Bayu Irama Consult telah dilantik oleh sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk mengendalikan kursus teknikal iaitu 'Kursus Asas Teknik Fotografi' berlokasi di Sungai Petani, Kedah.
Kursus ini mendedahkan kepada kemahiran asas tentang digital fotografi dan dipraktikkan seterusnya pengguna digital fotografi akan dapat berkarya dengan penghasilan gambar yang bermutu.

Part yang paling menyeronokan bagi peserta adalah berekprementasi dengan teknik dan eleman fotografi yang telah dipelajari apabila keluar menjalani pengambaraan di luar. Kami menangkap gambar di tepi bendang (sawah) ketika matahari masih redup cahayanya..dan yaa..kedah memang kaya dengan permandangan sawah yang marvelous..kemudian ke Tanjung Dawai, menyelusuri kampung nelayan dengan subjek yang berwarna warni dan last pit stop di Lembah Bujang dengan candi yang tersergam misteri.
Walaupun ada di antara mereka agak kekok dan ragu ragu untuk memegang DSLR..takut rosak kata mereka :)

Latihan praktikal kemudian digarapkan ke dalam teknik manipulasi imej menerusi pembelajaran Adobe Photoshop. Peserta yang bersemangat langsung tidak berganjak menyalurkan kreativiti masing masing dengan tugasan yang diberi oleh jurulatih..
Bagi kami, kursus fotografi ini adalah satu cabaran pada kami selain latihan soft skill dan IT yang menjadi niche produk kami. Cabaran untuk memilih team trainer yang benar benar berpengalaman dan mempunyai modul yang terbaik di samping memenuhi budget client dan costing kami sendiri..

Tapi,alhamdulilah...semua dah selesai..gambar dan scenery di bawah adalah bukti di mana aku melukis dengan cahaya...



Tanjung Dawai



Candi Lembah Bujang



Class


April 6, 2008

IT course


a Microsot Office application training was successfully run for
60 participants
from Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) at
Residence Hotel, Uniten.
The short course been break up into 2 session of group.

Even though, the schedule
was quite packed, all students
were able to grasp our trainers' input
. As our part, we managed
to
turn out the class from being bored and they seemed
happy to learn new things esp. ms office tips n tricks.

March 20, 2008

Photography Contest+Exhibition: Reka Warisan 2008 'Architectural Heritage'


Dateline extended 05th May 2008 due to overwhelming response!



Sifoo.com, a well known Malaysian web portal online community focusing on graphic and multimedia resource with a tagline "Sumber Grafik / Multimedia Malaysia" in cooperation with Galeri Shah Alam (GSA) are organising a Photography Contest with a theme: 'Malaysia Architectural Heritage'

It is open to all Malaysians and the contest exhibition will be held at Galeri Shah Alam. This event aim to create society's concern, awareness and appreciation on the local architectural heritage, as well as to cultivating the understanding of art photography. Hence, to show initiative on documenting the photos of architectural heritage for educational purposes and national archive.

The contest is on until May 5th. Great prizes are waiting for photo enthusiast. Online registration and submission of artwork can be made at
http://www.aktiviti.sifoorian.com/rekafotowarisan

For more informaton, please visit
http://www.sifoo.com or contact event co-ordinator, Miss Alina Abdullah at 012-6828058 or Miss Juliana K. at 019-5673388

List of 18 Architectural Heritage Building:
http://daftarwarisan.gov.my/index.phppage=warisan_keb_home&subpage=senarai_daftar_keb&category=1 Bangunan Dewan Bandaraya dan Panggung Bandaraya
Bangunan Ibu Pejabat Keretapi ( Ibu Pejabat KTMB)
Bangunan Jabatan Kerja Raya (PWD)
Bangunan Parlimen
Bangunan Pejabat Pos Besar (GPO)
Bangunan Residensi (Kediaman Rasmi Perdana Menteri Malaysia Pertama)
Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur
Bangunan Sultan Abdul Samad
Batu Caves dan Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam
Carcosa dan King's House (Seri Negara)
Dewan Perhimpunan Cina Selangor
Gereja St. George
Istana Negara Masjid Negara dan Makam Pahlawan
Taman Negara Kinabalu
T
aman Negara Mulu Tapak
Tiang Bendera Negara Dinaikkan Buat Pertama Kali
Tugu Negara

February 15, 2008

Site survey ke Perlis

Hujung minggu lepas, team Vision Karisma bersama principal affiliate, BIC telah ke utara utk buat tinjauan lokasi yang sesuai untuk program/kursus di sekitar negeri Perlis.
Kerana kesuntukan masa kami hanya dapat singgah dan membuat site survey beberapa lokasi yang dirasakan paling sesuai dengan misi kami.

Pagi Ahad, kami bertolak dari Sungai Petani dan terus ke Check Point di bawah:
1st cp : Taman Negeri Perlis, Kangar
: Wang Kelian (hanya berlegar di pasar sempadan Thai sahaja)
2nd cp: Gua Kelam
3rd cp: Hutan Lipur Bukit Ayer, Bt Pahat
4th cp: Sg Batu Pahat
5th cp: Putra Palace Hotel, Kangar
6th cp: Putra Brasmana Resort, Kuala Perlis
7th cp: Cinta Sayang Resort, Sg Petani

Walaupun perjalanan dan tinjauan agak memenatkan tetapi pengalaman membuat site survey dan berjumpa client di bahagian utara sesuatu yang amat menerujakan.
Tetapi kami sedikit kecewa kerana missed a few places, di sekitar Kedah kerana hanya mendapat info last minute semasa pit stop di Bagan Dalam, Penang ketika perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

If not, kami mungkin berpeluang singgah di Bedong untuk ke Harvard Suasana Hotel & Golf Resort. Mungkin bukan rezeki kami kali ini, tetapi insyallah kami akan ke utara lagih before mid year.

Gambar di bawah bergaya di luar pintu Gua Kelam




January 30, 2008

Bengkel Intensif Grafik & Multimedia 2008




Vision Karisma dengan kerjasama komuniti online grafik & multimedia yang tersohor di Malaysia, Sifoo.com akan mengadakan bengkel untuk pembelajaran grafik dan multimedia.
Bengkel yang akan bermula pada Mac sehingga Disember 2008 ini adalah TERBUKA kepada sesiapa yang berminat untuk mengikutnya.

Yuran yang dikenakan amat berpatutan untuk pendaftaran individu atau secara berkumpulan. Tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang kepakaran masing masing. Pelbagai 'tips' dan 'tricks' yang boleh diperolehi menerusi bengkel ini dengan konsep pembelajaran sharing & learning. Jangan lepaskan peluang untuk mendalami ilmu pengkomputeran grafik serta mutimedia dengan mengikuti bengkel intensif ini!
Setiap sesi bengkel penyertaan dibuka untuk 20 peserta sahaja.

Modul yang akan diajar adalah:
Pembangunan Laman Web dengan Aplikasi Dreamweaver dan Adobe Photoshop
(Mastering Web Development Using Macromedia Dreamweaver and Adobe Photoshop)
Adobe Photoshop : Konsep dan Asas Rekaan Kreatif
(Photoshop: Basic of Creative Concept)
Adobe Illustrator: Asas (Illustrator:Essential Skills)
Macromedia Flash : Intensif
(Intensive Flash)
Actionscript 2.0:Asas (Actionscript 2.0: Fundamental)
Adobe After Effect: Motion Graphics (Adobe After Effect: Motion Graphics)
Adobe Premiere: Suntingan Video (Asas) (Adobe Premiere: Video Editing-Simplified)
Web 2.0 - Asas (Web 2.0: Fundamental)
Pengaturcaraan Web-PHP (Web Programming with PHP)
Pembangunan Laman Web dengan JAVA Teknologi (
Web Programming Development with Servlet & Java Tech.)
Bengkel Fotografi Digital & Teknikal dan Manipulasi Imej (Digital Photography and Image Manipulation-Amateur)
Asas Lukisan
(Basic Drawing)


Untuk pendaftaran online dan info lanjut layari laman web
www.sifoo.com
Hubungi penyelaras di talian 019-567 3388 (Juliana)

January 2, 2008

HAPPY NEW YEAR 2008!!!

One behalf of Vision Karisma management, I would like to wish everybody Happy New Year 2008. Let us start sailing for a new journey ahead to reach the destination of goals
while leading more prosperity and success throughout the year.
And we achieve our visions with a blessing from God.

May this year will open up more opportunity and challenging business prospect.
Stay tuned for any latest update and services exclusive from Vision Karisma.

Juliana Khairuddin
Human Capital Manager


AMIN

Motivasi MINJAROES

Pada 16-18 dan 22-24 Disember 2007, Vision Karisma dengan kerjasama 'principal affiliation' Bayu Irama Consult telah berjaya mengendalikan kursus motivasi untuk peserta kursus dari Bahagian Keselamatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) bertempat di Kompleks MSN, Saujana Asahan Melaka.

Motivasi kursus untuk kedua-dua siri ini telah di hadiri seramai 200 peserta dan dikenali sebagai kursus "MINJAROES Ke Arah Budaya Kerja Cemerlang". Konsep kursus 'MINJAROES' telah direkabentuk oleh ketua jurulatih,meNET Consultant.

Di sini, saya akan berkongsi sedikit maklumat mengenai konsep MINJAROES.
Apa yang istimewanya, ‘Minjaroes Learning’ ini terbukti menjurus kepada Konsep Islam Hadhari, Pengamalan Budi Bahasa Budaya Kita, Pengukuhan Nilai-Nilai Murni, Membina Personaliti Unggul,Menyemarakkan Perjuangan dan menumbuhkan sikap bekerja sepenuh hati yang menjadi agenda kempen nasional sekarang ini.
Walau bagaimana pun, faktor-faktor yang diketengahkan didalam ‘Minjaroes Learning’ perlu diasuh, diasah, diajak, diarah, diusik, diacah dan diasak secara efektif bagi menjamin penghayatan kesedaran yang mendalam sehinggakan setiap orang mampu menggunakan suara hatinya sendiri untuk bertindak.

Itulah MINJAROES yang sedia memperkasakan sikap Proaktif, Progresif Dan Profesionalisma seseorang. Untuk itu, pembelajaran dengan menggunakan teori dan praktikal (role play) bagi setiap input akan dilakukan secara sistematik dan menceriakan. Keberhasilannya adalah dapat melahirkan seorang petugas yang ada personaliti dan bertanggung jawab.

KONSEP 3H - MINJAROES
MINJAROES adalah gabungan dari perkataan MINda,JASmani, ROhani, Emosi dan Sosial.
Konsep 3H (Heads On, Hands On & Hearts On) merupakan suatu pendekatan eksklusif yang dirangka bagi menumbuhkan keseimbangan diri seseorang petugas dalam melaksanakan pelan dan strategi bertindak kearah matlamat.
Kesepaduan input-input dari konsep ini akan dapat mewujudkan suasana yang kondusif terhadap keberkesanan yang mana konsep akan menjadi teras, prinsip akan menjadi amalan dan nilai pula akan menjadi budaya.

Dari pendekatan ini, modul ‘Minjaroes Learning’ dibentuk untuk menangani keseimbangan:
MINda (IQ),JASmani (FQ), ROhani (SQ), Emosi (EQ) dan Sosial (RQ). Setiap input akan disuntik dengan beberapa niali bagi mengukuhkan personaliti unggul (towering personality) seperti misalnya dalam konteks input sosial (RQ) yang sering diabaikan dalam pembelajaran yang mana mempunyai beberapa input penyokong untuk menjana kecemerlangan seseorang petugas iaitu mengenai nilai-nilai komunikasi, keusahawanan, sahsiah dan survival.

OBJEKTIF
1. Menanamkan tekad/ keazaman untuk bertugas sepenuh hati
2. Menjana tanggungjawab perkhidmatan yang lebih relistik
3. Menjadi peganda kepada kualiti kerja dari ketrampilan semangat sepasukan
4. Memupuk keseimbangan input teras kearah personaliti unggul
5. Membangun imej korporat dan kemantapkan piagam pelanggan
6. Mendukung jati diri warga kerja selaras dengan misi dan visi yang disasarkan

TERAS
• Suntikan pengendalian melalui pendekatan ‘Japanese Training Concept’
• Pembelajaran secara andragogi
• Dorongan motivasi secara in-door dan out-door melalui role-play dan kupasan ilmiah jurulatih serta partisipatori peserta.

Secara keseluruhan, kami sebagai perunding pengurusan latihan amat berpuas hati dengan perjalanan kursus dengan komitmen serta kerjasama yang positif dari keseluruhan peserta.
Program ini juga membantu kami sebagai perunding untuk kekal 'competitive' dalam bidang pembangunan modal insan seperti ini.
Ia juga mempersiapkan kami cara pengendalian yang terbaik serta sistematik bagi kursus yang melibatkan penyertaan perserta yang ramai.

Dengan berlatar belakangkan panorama Gunung Ledang yang menghijau dan mengasyikkan, Saujana Asahan menjadi destinasi pilihan kami yang tepat untuk menempatkan peserta kursus. Penginapan yang selesa amat kami titikberatkan sepanjang kursus supaya proses penyerapan input latihan berjalan lebih lancar dalam suasana yang seimbang.

Dalam jangka masa 3 bulan akan datang, kami akan ke organisasi 'client' untuk menjalankan sesi 'assessment' atau 'post training session' di mana sesi pendek ini akan mengupas kembali sejauh mana keberkesanan pengisian program MINJAROES ke atas setiap peserta kursus.






Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MINJAROES Learning program boleh emailkan sebarang pertanyaan kepada visionkarisma@gmail.com atau hubungi talian 019-5673388