March 3, 2010

Kursus Fotografi

Kursus: Asas Teknik Fotografi
Tarikh: 21 Feb hingga 25 Feb 2010
Client: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
Associate: Bayu Irama Consult
Lokasi: Pusat Latihan AADK Sg Petani, Kedah
Outdoor Shooting: Penang Island & Sg Petani

[For more info on this course, please contact Programme Coordinator at 0195673388 or email visionkarisma@gmail.com]















March 1, 2010

Kursus Pembinaan Kerjasama Berpasukan

Kursus: Kursus Pembinaan Kerjasama Berpasukan (Modul Pembangunan Usahawan)
Tarikh: 19 Feb hingga 21 Feb 2010
Client: PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang)
Lokasi: Rumah Peranginan Pengkalan Hulu, Perak

Bertempat di Rumah Peranginan Pengkalan Hulu, Perak yang terletak 7 kilometer dari sempadan Thailand telah diadakan Kursus Pembinaan Kerjasama Berpasukan pada 19 hingga 21 Februari 2010. Kursus anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) melalui Bahagian Pembangunan Ekonomi dengan kerjasama syarikat pengendali latihan Vision Karisma telah dihadiri oleh 29 usahawan Bumiputera Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bimbingan PERDA.

Modul Pembangunan Usahawan yang direkabentuk telah mencapai objektif kursus iaitu memberi pemahamanan kepada usahawan tentang peranan perhubungan antara individu dalam menentukan kejayaan dalam perniagaan, kesedaran tentang potensi diri di samping memberi pengukuhan kepada aspek kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal. Kursus ini juga berjaya mewujudkan kerjasama jaringan pemasaran antara usahawan Bumiputera.

Aktiviti luaran yang paling mencabar adalah Eksplorasi Kembara ke Gua Itik dan Gua Gendang. Peserta paling senior Salmah Bt Hashim berusia 65 tahun, yang mengusahakan perniagaan makanan ringan, menyatakan rasa bangga dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana telah diberi peluang menyertai program ini dan beliau gembira kerana memperoleh banyak pengalaman sepanjang aktiviti terutama sekali bertukar-tukar pendapat dengan usahawan yang lebih muda.

Tahniah kepada semua peserta kursus 'Kumpulan Tempoyak', 'Kumpulan Sempoi', 'Kumpulan Dugong' dan 'Kumpulan Diamond'.