May 4, 2008

Kursus Asas Teknik Fotografi

Pada 26 - 30 April 2008, saya di team Vision Karisma dan principal partner Bayu Irama Consult telah dilantik oleh sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk mengendalikan kursus teknikal iaitu 'Kursus Asas Teknik Fotografi' berlokasi di Sungai Petani, Kedah.
Kursus ini mendedahkan kepada kemahiran asas tentang digital fotografi dan dipraktikkan seterusnya pengguna digital fotografi akan dapat berkarya dengan penghasilan gambar yang bermutu.

Part yang paling menyeronokan bagi peserta adalah berekprementasi dengan teknik dan eleman fotografi yang telah dipelajari apabila keluar menjalani pengambaraan di luar. Kami menangkap gambar di tepi bendang (sawah) ketika matahari masih redup cahayanya..dan yaa..kedah memang kaya dengan permandangan sawah yang marvelous..kemudian ke Tanjung Dawai, menyelusuri kampung nelayan dengan subjek yang berwarna warni dan last pit stop di Lembah Bujang dengan candi yang tersergam misteri.
Walaupun ada di antara mereka agak kekok dan ragu ragu untuk memegang DSLR..takut rosak kata mereka :)

Latihan praktikal kemudian digarapkan ke dalam teknik manipulasi imej menerusi pembelajaran Adobe Photoshop. Peserta yang bersemangat langsung tidak berganjak menyalurkan kreativiti masing masing dengan tugasan yang diberi oleh jurulatih..
Bagi kami, kursus fotografi ini adalah satu cabaran pada kami selain latihan soft skill dan IT yang menjadi niche produk kami. Cabaran untuk memilih team trainer yang benar benar berpengalaman dan mempunyai modul yang terbaik di samping memenuhi budget client dan costing kami sendiri..

Tapi,alhamdulilah...semua dah selesai..gambar dan scenery di bawah adalah bukti di mana aku melukis dengan cahaya...



Tanjung Dawai



Candi Lembah Bujang



Class


1 comment:

Chilabaey's Spot 2 said...

assalamulaikum.... dengan secara tidak sengaja saya telah terbaca blok anda.... agak menarik dengan kursus yang djalankan.... yang saya berminat adalah Kursus Asas Teknik Fotografi.... Adakah sesiapa sahaja boleh mengikutinya... atau orang tertentu yang dipilih sahaja yang layak? berapa kosnya dan bagaimana hendak mengikutinya...