July 28, 2008

Program Teknikal Latihan Pengajar KKTM Rembau

Bermula 25 Mei sehingga 11 Julai, Vision Karisma telah berganding bahu bersama Rheaz Maya Studio untuk mengendalikan Program Latihan Teknikal Tenaga Pengajar di KKTM Rembau Negeri Sembilan.

Kami dipertanggungjawabkan untuk menyediakan latihan dan silibus bersesuaian dengan bakal pensyarah bagi 4 subjek iaitu Adobe Photoshop, Illustrator, AutoCAD dan 3D Studio Max sebelum sesi semester pengajaran & pembelajaran pertama bermula pada bulan Ogos.Terdapat 5 pengkhususan di KKTM Rembau ini iaitu Interior Design, Fashion Design, Furniture Design, Digital Film & Animation dan Digital Media Design.

Walaupun terpaksa berulang alik dari KL ke Rembau bagi proses pemantauan dan penyediaan laporan, di samping berdepan dengan pelbagai situasi yang di luar jangkaan..Alhamdulilah..dengan komitment trainers, Mr. Imran Sifoo dan Hafnizam serta 16 peserta kursus berjaya memastikan objektif program ini berjalan lancar.
Terima kasih pada koordinator program, pihak MARA sendiri yang memberi kepercayaan dan peluang kepada syarikat kami untuk melaksanakan projek ini.

Yang pasti, semangat 'survivor' yang ditunjukkan oleh bakal lecturer ini jadi pendorong untuk maju ke hadapan dalam menjadi bakal pendidik yang berkarisma.