December 28, 2010

Kursus Keusahawanan Teknik Pembungkusan Berkualiti

Kursus Keusahawanan Teknik Pembungkusan Berkualiti (Satu Daerah Satu Industri)
Anjuran: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (National Entrepreneurial Institute)
Tarikh: 20 hingga 22 November 2010
Lokasi:Hotel Brisdale, Kuala Lumpur


[ Sekiranya anda berminat untuk mengetahui maklumat lanjut dan menyertai latihan keusahawanan bersepadu yang dijalankan, sila hubungi pihak penyelaras di visionkarisma@gmail.com atau hubungi talian 019-5673388 ]

Vision Karisma dilantik oleh INSKEN sebagai Syarikat Pengendali Latihan untuk mengurus dan mengendalikan kursus keusahawanan peringkat negeri Selangor dengan modul 'Teknik Pembungkusan Berkualiti'. Kursus yang dihadiri seramai 44 orang peserta mewakili Dewan Perniagaaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL), Usahawan IKS Wanita dari Directory SMIDEC, MARA Selangor, Group Usahawan Sahabat Interaktif (SIM), Ex-Phaser PKNS dan individu perseorangan IKS/PKS dari negeri Selangor.

Kursus yang dijalankan memberi pendedahan kepada pengusaha produk penghasilan jenis makanan Bumiputera mengenai kepentingan pembungkusan bagi meningkatkan lagi mutu dan kualiti pembungkusan produk bagi menyokong kebolehpasaran secara efektif. Antara topik pembelajaran meliputi Aspek Perundangan, Akta-akta dan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan Malaysia, Pengendalian dan Kebersihan Makanan dan Konsep Suci dan Halal yang dikendalikan oleh Encik Abdul Razak Bin Abd Rahim. Manakala slot Kreativiti Dalam Rekabentuk Pembungkusan dikendalikan oleh Encik Imran Abdul Jabar. Sesi khas rundingcara bagi penambahbaikan produk sedia ada telah dibantu oleh wakil AF Creative Resources, Encik Amir Fauzi dan Encik Muaiz. Kebanyakan produk makanan yang dihasilkan oleh para peserta mempunyai kualiti yang baik dan boleh dibanggakan.

Syabas dan terima kasih pada semua peserta kursus kali ini di atas sokongan dan komitmen yang diberi. Walaupun kejayaan kursus diukur dari segi kuantiti v.s kualiti, impak dari kursus ini berupaya menjalinkan networking dalam rumpun niaga Bumiputera yang mana amat penting bagi kelompok kita menguasai rantaian nilai sekiranya ingin maju dalam pasaran perniagaan yang sangat berdaya saing ini. Kursus ini secara langsung telah membuka peluang kepada peserta menerokai bidang baru, bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dalam bidang perniagaan. Manakala dari segi aspek pembungkusan, amat memerlukan inisiatif usahawan sendiri untuk melaksanakan inovasi tertentu bagi mencapai tahap kesempurnaan produk yang hendak dijual. Sekali pun produk mempunyai kualiti yang baik, namun sekiranya aspek pembungkusannya tidak setanding, produk mungkin sukar mendapat tempat, apa lagi di peringkat internasional yang lebih luas persaingannya.

Sikap proaktif dalam membuat penyelidikan dan rujukan tentang produk-produk pesaing sedia ada di pasaran dari segi pembungkusan dan pelabelan berupaya menyokong aktiviti pemasaran perniagaan. Yang penting, nilai pembungkusan pada dasarnya perlulah mesra pengguna, mesra alam dan memenuhi akta yang ditetapkan untuk mencapai tahap kualiti piawaian yang terbaik.
Pada hari terakhir kursus, setiap peserta turut menerima sijil bertauliah dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Program Latihan Pengendali Makanan yang turut dimuatkan dalam modul kursus.

Ikuti artikel temubual Penceramah Kursus Pembungkusan Encik Abdul Razak Rahim mengenai isu pembungkusan yang disiarkan di dalam Harian Metro pada 29 November 2010 di halaman Bisnes Metro muka surat 28

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bungkusanmesticantik/Article/index_html

Galeri Kursus Packaging

Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3

2 comments:

VisionKarisma said...

Tahniah kepada Encik Fadzly kerana telah berjaya menghasilkan pembungkusan bagi produk Sos Char Kuey Teow yang diusahakan oleh beliau sendiri berjenama 'Vazzz'™

Sekiranya,anda ingin membeli produk tersebut atau berminat mengetahui maklumat lanjut boleh hubungi terus beliau :
Tel: 012-6611520
email : nurvazly@yahoo.com

Support Produk Bumiputera!

Unknown said...

Bila kurus yang sama akan diadakan tolong email saya jika Kursus pembungkusan diadakan.
email: Husaine_hab@yahoo.com