June 12, 2009

Program Motivasi dan Kecemerlangan Pelajar PMR & SPM Peringkat Negeri Pahang

Kursus: Program Motivasi dan Kecemerlangan Pelajar PMR & SPM Peringkat Negeri Pahang
Tarikh: 05 hingga 07 Jun 2009
Client: Unit Penyelarasan Pelaksanaan ICU Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Pembangunan Negeri Pahang
Associate: Bayu Irama Consult
Lokasi: Amansari Beach Resort, Pantai Sepat Kuantan

Alhamdullilah, pengalaman dan cabaran mengendalikan Program Motivasi dan Kecemerlangan Pelajar PMR & SPM Peringkat Negeri Pahang merupakan satu hadiah yang sangat bermakna bagi kami.72 peserta didatangkan dari Daerah Maran, Kuantan, Temerloh dan Raub telah berkampung selama 3 hari 2 malam di Amansari Beach Resort, Pantai Sepat Kuantan. Kami memilih lokasi di Amansari ini setelah membuat sitesurvey ke Kuantan Pahang sebulan setengah sebelum program dijalankan.

Dengan suasana persekitaran tepi pantai dan fasiliti kem yang memuaskan membuatkan kami merasakan tempat ini serasi dengan rentak program dan latar belakang peserta yang akan kami bawa kelak. Pengisian program agak padat dengan modul pembentukan sahsiah, kerohanian dan motivasi yang dilengkapkan dengan modul akademik iaitu Teknik Menjawab Soalan bagi subjek teras SPM & PMR iaitu BM, BI, Matematik dan Sains serta Kemahiran Belajar Berkesan.

Matlamat program di bawah pelaksanaan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan sasar yang kurang kemampuan supaya lebih berjaya dalam bidang akademik di samping membentuk sikap positif dari segi interpersonal dan keyakinan sekaligus mendorong diri dalam mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran.

Ternyata ransangan yang dicurahkan sepanjang program oleh barisan jurulatih, fasilitator dan cikgu-cikgu telah berjaya menyuntik semangat baru dan azam kepada setiap pelajar ini untuk melakukan satu pembaharuan dalam diri dan memperoleh Score A dalam subjek yang dipelajari. Malahan pelajar-pelajar dinasihatkan untuk lebih mengenali potensi diri dan berusaha menjadikan ia sebagai batu loncatan dan kekuatan untuk berjaya pada masa akan datang.

Terima kasih kepada...

** Krew penerbitan Selamat Pagi Malaysia, Penerbit Cik Fatima Safie yang membuat sesi interview dan liputan program... ya, program kami telah di keluarkan ke udara pada 11 Jun 2009 (Khamis), di dalam 'Segmen Sana Sini', siapa yang bangun pagi pukul 7.30 mungkin sempat menonton :)

** Kepercayaan client dari Pejabat Pembangunan Negeri Pahang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan ICU JPM kami balas dengan service yang terbaik.Dato' Zulkifli Pengarah PPN Pahang yang sudi turun padang merasmikan penutupan program. (Kalau dimurahkan rezeki running 2nd project, dapatlah buat di kampungku di Kuala Lipis),

** Cik Hazlina, associate from Bayu Irama Consult. What else can I say, we drive by passion to success!

** Barisan moderator, Tuan Haris dan fasilitator serta cikgu2 cemerlang yang mantop,

** Kak Gee from Amansari Beach Resort yang tenang melayan karenah kami,

** Dan adik-adik peserta PKP yang cukup-cukup memberi kerjasama kepada kami sepanjang program. Kami doakan anda semua akan berjaya dalam exam and get blessing from Allah...

Lihat Gambar program di entry SINI PART 1 dan PART 2

No comments: